Untuk kata-kata motivasi kali ni,saya memetik kata-kata motivasi usahawan Dr Rusly Abdullah, salah seorang mentor dalam eBook Mentor Jutawan. Katanya.. “Kita perlu kelilingi diri kita dengan kawan-kawan yang menyokong dan
memahami usaha kita. Kalau kita sendiri yang mendampingi dan memilih
mereka yang tidak menyokong kita, maka, ia dengan sendirinya menjatuhkan
semangat dan usaha kita.” Kata-kata ni dari eBook Mentor Jutawan, ditulis oleh Dr Irfan Khairi.
Bagi pembaca iMotivasi yang masih belum memiliki ebook tersebut, boleh order di sini. Dr Rusly lebih dikenali sebagai motivator keusahawanan, terutama
keusahawanan skala kecil untuk peniaga pasar malam, penjaja dan bisnes
sederhana berasaskan produk makanan. Beliau kini memiliki institut
latihan sendiri khusus untuk melatih usahawan muda dan mereka yang baru
berjinak-jinak dengan keusahawanan. Semua buku tulisan beliau dah saya baca banyak kali dan ada dalam simpanan saya. Buku yang paling best adalah yang bertajuk “Menjejaki Usahawan Senyap“. Naik semangat tiap kali selesai baca buku tu. Anda boleh baca ulasan saya selepas membaca buku baru beliau bertajuk “Aku Tak Nak Miskin”. Salah satu sebab motivasi menurun adalah kerana komen negatif dan cakapan negatif dari orang di sekeliling kita, biasanya kawan-kawan atau saudara-mara. Jadi, untuk nak maintain motivasi dan supaya sentiasa ada orang yang
memberi semangat pada kita, perlu dekatkan diri dengan orang yang
memahami dan juga yang menjadi usahawan seperti kita, bukannya yang
asyik memperlekeh dan memandang rendah usahawan kita dari kalangan bukan
usahawan. Last-last usaha kita rendah juga jadinya, lalu kurang memberi hasil,
akhirnya kita yang jadi susah. Bukan tak semestinya terlalu memilih
kawan, tapi cuma kurangkan bergaul dengan orang yang tak memahami jiwa
usahawan. Lebihkan bergaul dengan orang yang menjadi usahawan, tak kira bisnes apa pun yang diusahakannya, janji dia usahawan! Ada banyak lagi rahsia dan strategi kejayaan Chef Li di dalam eBook
Mentor Jutawan. Selain berkongsi tips kejayaan di blog ini, saya sedia
bantu Anda memahami mindset kejayaan seorang jutawan dengan ‘menceduk’
sedikit rahsia kejayaan 8 jutawan dari eBook tersebut.
Tak boleh banyak, nanti keluar isu hak cipta pula!